Wednesday 7 July 2010

“JANGAN KITA JADI SEPERTI MEREKA”


Ungkapan di atas adalah natijah daripada perbincangan dalam kelompok kecil. Temanya berkisar tentang sikap dan akhlak seseorang di tempat kerja. Gelanggang perbincangan seolah-olah menjadi tempat luahan perasaan, lepas geram, melapor, mencemuh dan sebagainya. Hampir semua isi perbincangan menceritakan tentang perlakuan individu di tempat kerja yang bercanggah dengan norma yang sepatutnya.


Sebagai individu yang dipertanggungjawabkan mengendali perbincangan tersebut, rasanya kurang sesuai kiranya saya hanyut dan terbawa dalam perspektif mereka. Tapi tidak patut juga untuk saya menidakkan segala apa yang mereka perkatakan kerana itu adalah pengalaman mereka.


Akhirnya saya simpulkan dengan ungkapan “JANGAN KITA JADI SEPERTI MEREKA”. KALAU BOLEH, BIAR MEREKA JADI SEPERTI KITA. TAPI PASTIKAH KITA LEBIH BAIK DARIPADA MEREKA ?


SAMA-SAMALAH KITA BERUSAHA UNTUK MENJADI INSAN YANG TERBAIK AGAR DAPAT MEMBAWA KEBAIKAN DAN MANFAAT KEPADA INSAN DI SEKELILING KEHIDUPAN KITA.