Monday 2 August 2010

TIGA PERSOALAN ???


Apa yang kita mahu?
Apa yang sepatutnya?
Apa yang sebenarnya?
Tiga persoalan di atas pernah dan sering suatu ketika dahulu bermain di fikiran. Beberapa jam yang lalu ia datang lagi dan kini saya hamparkan di ruangan ini. Untuk diri saya, tiga persoalan ini sering muncul pada saat-saat dilema, konflik, monolog, tertekan dan seumpamanya.
Apa yang kita mahu ?, Apa yang sepatutnya dan Apa yang sebenarnya ? Tiga persoalan ini pada saya mempunyai hubungan yang ada ketikanya bersifat LANGSUNG dan SELARI dan ada ketikanya bersifat SONGSANG.
Hubungan LANGSUNG maksud saya ialah APA YANG KITA MAHU sama seperti APA YANG SEPATUTNYA dan BERLAKU pada keadaan SEBENARNYA. Sebaliknya, hubungan SONGSANG ialah Apa yang kita mahu tidak sama seperti yang sepatutnya dan berbeza dengan keadaan sebenarnya.
Berada dalam situasi HUBUNGAN LANSUNG untuk tiga persoalan ini, pastinya amat menyeronokkan dan menggembirakan. Apa tidaknya, kemahuan dan keinginan kita, sama ada dalam bentuk material atau bukan material sentiasa selari dengan APA yang sebenarnya berlaku. Kita mahukan rumah besar dan dalam masa yang sama kita miliki sebuah kereta mewah di samping anak-anak berakhlak baik dan berpendidikan tinggi. Wah!!!! Cukup seronok. Benarkah keadaan begini sering berlaku dalam hidup kita ? saya tidak menafikan situasi begini bukanlah suatu yang asing untuk berlaku dalam kehidupan manusia. Malah saya yakin ada yang pernah dan sering mengecapinya.

Ketika saya MAHUKAN siang berterusan, SEPATUTNYA mentari terus bersinar tanpa terbenam. Tetapi SEBENARNYA menteri tetap akan terbenam bila sampai masanya. Lalu SONGSANGLAH hubungan antara Apa yang saya MAHUKAN dan yang SEPATUTNYA dengan yang SEBENARNYA. Ini sekadar analogi situasi. Ketika kita MAHUKAN suatu PERANCANGAN/PROGRAM berjalan lancar, sepatutnya si A bertindak begini, si B begitu, si C mengikut arahan dan sebagainya. Namun pada keadaan SEBENARNYA tidak semua seperti SEPATUTNYA. Akhirnya dilema, konflik, monolog dan seumpamanya berkunjung lagi di benak pemikiran.
Alangkah seronoknya hidup andai kata TIGA PERSOALAN tersebut sentiasa dalam HUBUNGAN LANGSUNG dan SELARI. Namun pastinya keadaan ini jarang wujud dalam kehidupan malah kita sering kali berdepan dengan situasi HUBUNGAN SONGSANG untuk TIGA PERSOALAN tersebut. HARUSKAH PEMIKIRAN KITA SENTIASA DIBELENGGU RASA DILEMA DAN KONFLIK BERDEPAN TIGA PERSOALAN INI ???
Dalam satu keadaan tertentu, rasanya TIGA PERSOALAN tersebut boleh di usahakan untuk sentiasa dalam hubungan selari. Tapi tidaklah semudah yang kita fikirkan. Usaha ini memerlukan pendekatan yang betul dan ruang masa yang sesuai. Dalam satu keadaan yang lain pula, TIGA PERSOALAN ini tetap berlaku dalam hubungan SONGSANG. APA REAKSI PEMIKIRAN DAN TINDAKAN KITA. Takkan terus DILEMA dan BERKONFLIK lagi. JANGAN!
ANDAI KATA SEKITARAN BOLEH DI UBAH AGAR SEJAJAR DENGAN KEMAHUAN KITA, MAKA UBAHLAH PERSEKITARAN. TAPI ANDAI KATA SEBALIKNYA, MAKA UBAHLAH DIRI KITA. UBAHLAH CARA BERFIKIR DAN BERTINDAK. UBAH MENGIKUT KEPERLUAN DAN KEADAAN YANG SEBENAR.
Setiap kita ada kemahuan dan keperluan. Saya tidak terkecuali, saudara-saudari pun sama, orang lain pun begitu. Ada ketikanya kemahuan dan keperluan itu berkongsi, ada ketikanya bertembung dan ada ketikanya bersaing. Kita tidak punya kuasa kun fayakun untuk memastikan setiap yang kita MAHUKAN berlaku dalam keadaan sebenar. Janganlah dengan sengaja membelenggu pemikiran dengan menggenggam sekuatnya persoalan APA YANG SAYA MAHU dan APA YANG SEPATUTNYA. Bimbang nanti kita terkejut dengan apa yang sebenarnya berlaku. Adunkanlah Segala keupayaan dan keterbatasan yang ada untuk di adaptasi dengan APA YANG SEBENARNYA BERLAKU dan itu adalah REALITI.
Bersedialah menerima malam walaupun siang itu kita mahukan berterusan . sesungguhnya kuasa mutlak di tangan pencipta untuk memastikan APA SEBENARNYA YANG BERLAKU. “ Manusia merancang dan Allah merancang dan akhirnya perancangan Allah jua yang akan terlaksana” ( Firman Allah )


Location:Semporna,Malaysia