Sunday, 7 March 2010

SEORANG ................MENJADI


Seorang suami bergelar SUAMI kerana dia ada ISTERI
dan
Seorang isteri bergelar ISTERI kerana dia ada SUAMI


Seorang adik bergelar ADIK kerana dia ada ABANG
dan
Seorang abang bergelar ABANG kerana dia ada ADIK


Seorang ketua bergelar KETUA kerana dia ada PENGIKUT
dan
Seorang pengikut bergelar PENGIKUT kerana dia ada KETUA


Tapi……..

Seorang suami tidak lagi bergelar SUAMI jika dia tiada ISTERI
dan
Seorang isteri tidak lagi bergelar ISTERI jika dia tiada SUAMI


Seorang adik tidak lagi bergelar ADIK jika dia tiada ABANG
dan
Seorang abang tidak lagi bergelar ABANG jika dia tiada ADIK


Seorang ketua tidak lagi bergelar KETUA jika dia tiada PENGIKUT
dan
Seorang pengikut tidak lagi bergelar PENGIKUT jika dia tiada KETUA


Oleh itu…….

Seorang suami harus sentiasa menjaga ISTERI agar terus bergelar SUAMI
dan
Seorang isteri harus sentiasa menjaga SUAMI agar terus bergelar ISTERI


Seorang adik harus sentiasa menjaga ABANG agar terus bergelar ADIK
dan
Seorang abang harus sentiasa menjaga ADIK agar terus bergelar ABANG


Seorang ketua harus sentiasa menjaga PENGIKUT agar terus bergelar KETUA
dan
Seorang pengikut harus sentiasa menjaga KETUA agar terus bergelar PENGIKUT


Dan…….

Jagalah apa yang telah menyebabkan kita MENJADI apa yang telah TERJADI


Semoga…………..

Kita terus MENJADI apa yang telah TERJADI
dan
Biarlah segala yang TERJADI ini boleh MENJADIKAN kita manusia sebenar
DALAM makna kita dijadikanNYA

Saturday, 6 March 2010

MENUJU KESEMPURNAAN


Adakah anda rasa anda sempurna ? Saya tidak akan menjawab bagi pihak orang lain. Untuk diri saya, pastinya sempurna dan kesempurnaan itu hampir tidak pernah berlaku dan singgah dalam perjalanan hidup. Jika pernah, mungkin hanya dalam masa yang singkat atau sekejap sahaja.

Terus terang saya katakan, saya tidak berani mengatakan diri saya sempurna. Bukan bertujuan untuk mempengaruhi saudara-saudari menyatakan perkara yang sama. Tetapi berdasarkan kenyataan dan pengakuan rakan-rakan di sekeliling saya, hampir semuanya mengambil pendirian yang sama. Maknanya ada kebenarannya bahawa kita ini tidak sempurna.

Jika begitulah realitinya, kita haruslah memberi ruang dalam hidup kita untuk ditegur, dinasihat dan dikritik oleh orang lain.

Namun mengapa sering kali kita sukar untuk menerima TEGURAN, KRITIKAN dan NASIHAT orang lain. SEMPURNAKAH sudah kita ini ?

Aku hanya boleh menyatakan yang aku berasal dari SEMPORNA.

Sama-samalah kita berusaha menuju KESEMPURNAAN dengan BERSEDIA dan REDHA menerima TEGURAN, KRITIKAN dan NASIHAT orang lain.

SEMOGA KESEMPURNAAN HADIR DALAM HIDUP KITA.

Wednesday, 3 March 2010

HILANG SABAR

Adakah ungkapan di atas pernah terbit atau terucap oleh saudara-saudari.Ungkapan di atas sering kali berada dalam gugusan ayat-ayat seperti “saya sudah hilang sabar”, “jangan sampai saya hilang sabar” “hilang sabar sudah aku” dan banyak lagi.

Bagi saya, individu yang mengungkapkan ayat-ayat seperti di atas bermakna memiliki sifat SABAR dalam dirinya. Ini kerana perkataan HILANG itu secara tidak langsung membawa makna TELAH MEMILIKI tetapi hilang dan tidak diketahui di mana.

HILANG SABAR!! Bermakna SIFAT SABAR telah tiada dalam diri kita. Dengan ini kita sudah terdedah untuk melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sifat sabar yang antaranya ialah gelojoh, gopoh, kelam-kabut, tergesa-gesa, melulu dan sebagainya.

Antara SABAR dan TIDAK SABAR, mana satu pilihan anda ? Rasanya tentulah pilih SABAR kerana agama sendiri menyarankan supaya kita sentiasa SABAR dalam apa jua keadaan.

HILANG SABAR ? CARI SABAR itu dulu sebelum membuat sebarang tindakan apabila anda merasakan anda TELAH HILANG SABAR. Bagi saudara-saudari yang belum hilang sabar atau masih memiliki sifat sabar, pertahankan dan PASTIKAN ia tidak hilang dan terlepas dari dalam diri kita.

MENCARI SABAR !! Istilah MENCARI menunjukkan kita perlu berlegar atau pergi ke sesuatu tempat untuk mencari sesuatu perkara yang hilang. Bagaimana dengan MENCARI SABAR ? Perlukah kita berlegar dan pergi ke sesuatu tempat ? Pastinya tidak. Mengelilingi dunia jauh sekali.

SABAR sebenarnya tidak pernah hilang dan tidak perlu dicari. Cuma kita sering kali mengambil sikap dan tindakan yang bertentangan dengan sifat sabar. Lantas kita merasakan diri kita hilang sabar.

Sabar dan TIDAK SABAR tidak akan hadir serentak dalam perwatakan kita. Jika kita sabar, bererti kita tidak mempunyai sifat tidak sabar dan sebaliknya.

Oleh itu, untuk memastikan SABAR itu sentiasa ada dalam diri dan mendominasi perwatakan kita, jawapannya mudah. JANGAN AMBIL SIKAP DAN TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SIFAT SABAR.

SENTIASALAH SABAR DALAM APA JUA KEADAAN SUPAYA KITA DIKENALI SEBAGAI ORANG YANG BERSABAR. SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

Friday, 21 August 2009

DEMI MENYAMBUNG HIDUP


Kita mencari nafkah dalam EXCEL, POWERPOINT, WORD dan sebagainya. Adik berbaju merah ini mencari nafkah dalam “ RECYCLE BIN “. Demi menyambung hidup dalam hidup dan kehidupan. Semoga ALLAH menjadikan kita manusia yang tahu BERSYUKUR.

Thursday, 20 August 2009

DOA SEORANG AYAH


"MENDENGAR tangisan ayah pada waktu malam amat menyayat hatiku untuk dikenang. Mendengar batuknya yang bertalu-talu mengocak hening malam, sering menjadikan aku hiba. Betapa luhurnya hati seorang insan kerdil seperti ayahku, seorang ayah yang tidak pernah putus harap untuk berdoa, untuk mengadu dan untuk merintih kepada yang Maha Berkuasa. Doanya berterusan…. Agar dimakbulkan hasrat dan niat anaknya, diberi jalan dan redha-NYA agar menjadi insan yang berguna dan berjaya dalam apa yang dicita-citakan.

Ayah tidak sempat melihat kejayaanku. Namun, doa seorang ayah tetap menjadi kenyataan dan alhamdulillah… susah payah pengorbanan seorang ayah akhirnya dimakbulkan oleh ALLAH jua. Itulah takdir hidup. Yang menanam pohon durian, tidak semestinya dapat melihat pohon itu berbuah. Yang penting…. Usaha berterusan perlu ada. Keikhlasan berdoa jangan padam.

Yakinlah…. ALLAH Maha Mendengar dan Maha Mengetahui akan rintihan hamba-NYA."



( Petikan bicara; Prof. Dr. Sidek Baba (2007), SETEGUH TEKAD – Kembara hidup penuh liku seorang ilmuan berjiwa besar. ALAF 21 SDN BHD. Shah Alam, Selangor)

Wednesday, 19 August 2009

KEKAYAAN MASYARAKAT



Kekayaan sesebuah masyarakat tidak mungkin diukur dengan kuantiti “Objek-objek” yang dimilikinya. Sebaliknya, ia sepatutnya diukur dari segi “Idea” yang ada padanya.

Sebuah masyarakat mungkin ditimpa kesusahan dan kesulitan seperti banjir atau peperangan yang mungkin memusnahkan kesemua UNSUR OBJEK KEBENDAANNYA, atau menjadikannya hilang penguasaan ke atasnya.

Malapetaka itu menjadi lebih memusnahkan lagi sekiranya masyarakat itu kehilangan penguasaan ke atas UNSUR IDEANYA juga. Walau bagaimanapun, jika ia berjaya menyelamatkan IDEANYA, ia sebenarnya sudah menyelamatkan semua benda kerana dengan itu ia mampu untuk membina semula UNSUR OBJEK KEBENDAANNYA.



( Petikan bicara; Malik Bennabi (2007), ASAL USUL MASYARAKAT MANUSIA : Rangkaian Hubungan Sosial. ITNMB, Kuala Lumpur )

Monday, 29 June 2009

DIDENGAR, DILIHAT DAN DIRASAI............


Beberapa minggu lepas, ketika menaiki motor, saya ternampak seorang pakcik menjual MADU LEBAH. Peristiwa seperti ini bukanlah asing bagi saya dan tentu juga ramai di kalangan saudara-saudari mempunyai pengalaman yang sama. Keadaan yang biasa saya temui ialah dia membawa beberapa botol berisi madu lebah dalam BEG yang digalas di bahu. Selain itu, biasanya dia membawa satu baldi yang sederhana besarnya. Biasanya ia digunakan untuk membawa SARANG MADU LEBAH.

Dalam perjalanan tersebut, menyelinap satu andaian pada fikiran saya, “mungkin suatu ketika dahulu PENJUAL madu lebah tidak membawa bersama SARANG MADU LEBAH”. Ini kerana orang akan MUDAH PERCAYA dengan apa yang DIPERKATAKAN tentang madu lebah yang dijual itu. Tapi pada hari ini, PENJUAL tersebut terpaksa membawa SARANG MADU LEBAH walaupun ia BUKAN BAHAN YANG DIJUAL. Mungkin dia merasakan orang sudah MULA TIDAK PERCAYA dengan apa yang DIPERKATAKAN. Sebaliknya penjual itu tahu orang akan LEBIH PERCAYA dengan apa yang DILIHAT berbanding apa yang DIDENGAR. Lalu di usunglah bersama sarang madu lebah sebagai BUKTI tentang KEASLIAN madu lebah yang dijual.

Ini bermakna, penjual tersebut menggunakan DUA KAEDAH untuk MEYAKINKAN pelanggan. Kaedah tersebut ialah “ MEMPERDENGARKAN dan MEMPERLIHATKAN “. Kalau saudara-saudari sebagai pelanggan, adakah anda YAKIN dan PERCAYA dengan apa yang DIPERKATAKAN dan DIPERLIHATKAN ? kalau saya, pastinya hanya pada peringkat awal dan selepas itu tidak lagi YAKIN dan PERCAYA dengan apa yang diperkatakan dan diperlihatkan. Kalau ramai pelanggan melalui pengalaman yang sama, mungkin PENJUAL madu lebah itu tidak lagi memperolehi keuntungan yang lumayan. Kenapa ?? Berbanding DIDENGAR dan DILIHAT, orang akan LEBIH YAKIN DAN PERCAYA dengan apa yang “DIRASA”. Usunglah SARANG MADU LEBAH seberapa banyak, selagi pelanggan tidak MERASAI keasliannya, mereka tetap tidak akan percaya dengan apa yang DIPERKATAKAN dan DIPERLIHATKAN.

Ini kisah “penjual madu lebah” berhadapan dengan pelanggannya. Bagaimana kisah kita berhadapan dengan orang-orang yang berada di sekeliling kehidupan kita. YAKIN dan PERCAYAKAH mereka dengan setiap apa yang kita PERKATAKAN ? YAKIN dan PERCAYAKAH mereka dengan setiap apa yang kita PERLIHATKAN ? Akhirnya KEYAKINAN dan KEPERCAYAAN mereka terhadap kita lebih banyak bergantung kepada apa yang mereka “RASA TENTANG KITA”. Oleh itu, biarlah yang DIKATA sama dengan yang DITUNJUK dan bertepatan dengan yang DIRASA. Insya Allah ANDALAH orang yang boleh DIYAKINI dan DIPERCAYAI oleh orang-orang disekeliling kehidupan anda. LAKUKANLAH SEIKHLASNYA DAN NYATAKANLAH SEJUJURNYA.