Wednesday 3 March 2010

HILANG SABAR

Adakah ungkapan di atas pernah terbit atau terucap oleh saudara-saudari.Ungkapan di atas sering kali berada dalam gugusan ayat-ayat seperti “saya sudah hilang sabar”, “jangan sampai saya hilang sabar” “hilang sabar sudah aku” dan banyak lagi.

Bagi saya, individu yang mengungkapkan ayat-ayat seperti di atas bermakna memiliki sifat SABAR dalam dirinya. Ini kerana perkataan HILANG itu secara tidak langsung membawa makna TELAH MEMILIKI tetapi hilang dan tidak diketahui di mana.

HILANG SABAR!! Bermakna SIFAT SABAR telah tiada dalam diri kita. Dengan ini kita sudah terdedah untuk melakukan sebarang tindakan yang bertentangan dengan sifat sabar yang antaranya ialah gelojoh, gopoh, kelam-kabut, tergesa-gesa, melulu dan sebagainya.

Antara SABAR dan TIDAK SABAR, mana satu pilihan anda ? Rasanya tentulah pilih SABAR kerana agama sendiri menyarankan supaya kita sentiasa SABAR dalam apa jua keadaan.

HILANG SABAR ? CARI SABAR itu dulu sebelum membuat sebarang tindakan apabila anda merasakan anda TELAH HILANG SABAR. Bagi saudara-saudari yang belum hilang sabar atau masih memiliki sifat sabar, pertahankan dan PASTIKAN ia tidak hilang dan terlepas dari dalam diri kita.

MENCARI SABAR !! Istilah MENCARI menunjukkan kita perlu berlegar atau pergi ke sesuatu tempat untuk mencari sesuatu perkara yang hilang. Bagaimana dengan MENCARI SABAR ? Perlukah kita berlegar dan pergi ke sesuatu tempat ? Pastinya tidak. Mengelilingi dunia jauh sekali.

SABAR sebenarnya tidak pernah hilang dan tidak perlu dicari. Cuma kita sering kali mengambil sikap dan tindakan yang bertentangan dengan sifat sabar. Lantas kita merasakan diri kita hilang sabar.

Sabar dan TIDAK SABAR tidak akan hadir serentak dalam perwatakan kita. Jika kita sabar, bererti kita tidak mempunyai sifat tidak sabar dan sebaliknya.

Oleh itu, untuk memastikan SABAR itu sentiasa ada dalam diri dan mendominasi perwatakan kita, jawapannya mudah. JANGAN AMBIL SIKAP DAN TINDAKAN YANG BERTENTANGAN DENGAN SIFAT SABAR.

SENTIASALAH SABAR DALAM APA JUA KEADAAN SUPAYA KITA DIKENALI SEBAGAI ORANG YANG BERSABAR. SABAR ITU SEBAHAGIAN DARIPADA IMAN.

No comments: