Monday 12 January 2009

NILAI DAN KEHIDUPAN 3 : POSITIF ATAU NEGATIF ???


Sebelum melelapkan mata pada waktu malam,ada kalanya kita teringat peristiwa di siang hari dan seterusnya kita merancang aktiviti atau tindakan pada hari esoknya. Mungkin juga perancangan itu suatu yang baik atau buruk, positif atau negatif, bermanfaat atau mudharat, membawa keamanan atau kehancuran dan sebagainya. Namun semua kemungkinan ini akhirnya hilang buat sementara saat kita telah pun melelapkan mata.

Apa bila subuh menjelang tiba, perancangan mulai teringat kembali dan semakin hampir kepada perlaksanaannya. Jika suatu yang dirancang itu baik, positif dan bermanfaat, pastinya mudah untuk mengambil keputusan tentang perlaksanaanya. Tambahan pula, kebanyakan manusia akan menyokong dan mendorong perancangan yang baik dan bermanfaat untuk dilaksanakan. Oleh itu, adalah amat baik dan wajar perancangan seumpama ini direalisasikan dalam aktiviti harian kita.

Sebaliknya, jika perancangan itu suatu yang negative, mudharat dan membawa kepada kehancuran, semestinya ia memerlukan pemerahan otak untuk memikirkan perlaksanaannya. Mungkin mengatakan YA adalah payah dan mengatakan TIDAK pun adalah sukar. Pada peringkat ini, adalah jelas bahawa positif lebih baik daripada negative, manfaat lebih baik daripada mudharat dan keamanan lebih baik daripada kehancuran. Oleh itu, dalam situasi ini, mengubah pemikiran dan perancangan kepada yang positif adalah keputusan yang bijak.

Sebagai manusia biasa, ada ketikanya terpaksa memilih perancangan dan tindakan yang negatif dan memudharatkan dalam aktiviti harian kita. Dalam situasi yang amat rumit ini, adalah kurang bijak sekiranya tidak di usahakan terlebih dahulu perancangan dan tindakan yang positif sebelum melaksanakan tindakan yang negative. Mungkin lebih bijak jika tidak perlu membuat pilihan atau keputusan sekiranya keputusan atau pilihan itu adalah negative. Apa gunanya kita bergerak ke hadapan, jika dosa dan mudharat habuannya. Lebih baik pilihan ini ditangguhkan atau cari saja pilihan lain yang lebih bermanfaaf untuk kehidupan yang abadi. Adalah amat rugi sekiranya memilih tindakan negative untuk dilaksanakan dengan begitu mudah dan mungkin inilah yang dikatakan sebagai kejahatan yang percuma. Amat ngeri dan menakutkan pula sekiranya cara berfikir dan bertindak seperti ini menjadi amalan harian kita. Mungkin benarlah kata orang, anda adalah orang yang berfikiran negative.

Bagaimanapun, dalam apa jua situasi, adalah jelas kebaikan tetap mengatasi keburukan, positif lebih baik daripada negative dan keamanan lebih baik daripada kehancuran. Oleh itu, pilihlah untuk sentiasa berfikir secara positif dan mulakanlah setiap hari kita dengan pemikiran, perancangan dan tindakan yang positif.

4 comments:

Nassir said...

Tahniah atas post yg membina ini!.

Anonymous said...

Teruskan usaha anda!

Anonymous said...

ok

Anonymous said...

POSITIF ATAU NEGETIF,..
terlebih dahulu ucapan terima kasih kepada saudara yang telah menerbitkan idea dan buah fikiran yang sedikit sebanyak dapat dikongsikan kepada pembaca. merujuk kepada artikel saudara berkenaan positif atau negetif,saya melihat bahawa ada kewajaran bahawa positif itu harus dipertahankan. tetapi dalam situasi yang berbeza keadaan negetif itu sebenarnya lebih banyak dipergunakan. misalnya dalam satu kes seorang lelaki yang insaf daripada perbuatannya memperkosa gadis-gadis misalnya,presepsi masyarakat lebih cenderung negetif kepada orang tersebut.wal hal pemikiran positif itu masih kurang diterapkan dalam diri,Atau dengan kata lain konsep memaafkan itu sangat payah dalam kehidupan kita bermasyarakat pada hari ini.