Thursday 2 April 2009

USIA DAN NOMBOR


Berapa tahun sudah USIA saudara-saudari ? Saya sudah lebih 30 tahun dan hampir kepada 40 tahun. Menanti dan menghampiri usia 40 tahun ini semacam timbul perasaan berbaur antara risau, takut, bangga dan gembira serta macam-macam lagi. Tapi tidaklah sampai mengganggu rutin harian kerana ia tidak jauh beza dengan nombor-nombor lain dalam usia kita.

Saya suka kongsikan perasaan dan pengalaman ini, kerana situasi yang sama pernah saya ALAMI ketika USIA saya genap 20 TAHUN. Lantas, saya MERAMALKAN pengalaman dan perasaan yang sama akan berulang bila usia menjangkau 60 TAHUN. Mungkin usia 80 dan 100 tahun pula tidak sama dari segi pengalaman dan perasaan kerana sudah berada pada ZON NYANYUK ( wallahualam ).

Perasaan ini mungkin timbul kerana usia 20 tahun adalah permulaan REMAJA dan 40 tahun permulaan DEWASA. 60 tahun pula adalah usia TUA dan seterusnya. Apa pun, itu sekadar perasaan dan pengalaman yang saya lalui. ADAKAH SAMA ATAU BERBEZA DENGAN SAUDARA-SAUDARI ?

Direnung difikir, memerhatikan perjalanan usia antara satu nombor kepada satu nombor tidak jauh beza dengan melihat pergerakan JARUM JAM daripada satu waktu kepada waktu yang berikutnya. Kedua-duanya sama akan meniti pada setiap nombor yang dilalui melainkan HAYAT telah BERAKHIR. Bermakna, selepas usia 39 tahun, pasti usia 40 tahun akan menyusul selepas itu. Oleh itu, bersama perjalanan usia yang malar ini, ada baiknya kita turut menghitung soal BAIK dan BURUK perbuatan, SUKA dan DUKA kehidupan, GAGAL dan JAYANYA impian serta DOSA dan PAHALA. Sama-sama kita BERMUHASABAH. Wallahualam.

2 comments:

Amin said...

Saya gembira, blog sd. semakin aktif dan masukkannya juga menggugah pemikiran dan perasaan. Teruskan usaha baik ini.

Rina said...

Ada yang berkata...umur hanyalah sekadar nombor..yang pasti,perubahan angka pada nombor pada setiap detik yang berlalu seharusnya mengingatkan dan mendekatkan kita lebih kepada PENCIPTA yang telah mengurniakan kita angka tersebut.atau lebih tepat, meminjamkan kita sesuatu yang bernama USIA. makanya, sebagai penghutang, kita kenalah sedar2 diri dan mengelakkan daripada membuat khilaf yang disengajakan. spt biasa, pasti ada yang menyebut, 'manusia mana yang lepas dari membuat kesilapan?'. Namun saya suka membuat tafsiran begini.(yg blm tentu saudara menerimanya,itu terserah kepada personal masing-masing)kesilapan yang pertama kali dibuat,boleh kita sebut sebagai kesilapan, tetapi apabila kesilapan yang sama diulang 2,3 kali itu saya tafsirkan sebagai kebodohan! kenapa?krn pelakunya sdh tahu dia berlaku silap, tetapi tetap mengulanginya!!maaf andai kata-kata yang diguna agak kasar namun sebagai manusia, kita dikurniakan akal yang semakin dewasa setiap hari,justeru kita harus berfikir sebelum melakukan sesuatu! ada juga yang pernah berkata kpd saya, kematangan tidak boleh di ukur melalui umur, tapi jika perlakuan orang yang sudah hidup 40 tahun sama seperti remaja 15 tahun, pasti ada yang tidak kena..benar, jgn kita menilai siapa yang bercakap, kita harus dengar apa yang diperkatakan..tgk pada situasi dan keadaan..am i right??mari kira sama2 fikirlah sendiri..hehehehe!!