Sunday 5 April 2009

ANUGERAH ILAHI


Ini adalah anak saya yang keempat. Bukan untuk tujuan promosi. Sekadar ingin berkongsi pengalaman dengan saudara-saudari. Namanya AHMAD FAIZ, lahir pada 14 NOVEMBER 2008. sebaik sahaja selesai diuruskan oleh BIDAN/JURURAWAT yang menyambut kelahirannya, ia diserahkan pada saya. Dengan penuh PENGHAYATAN dan PENGHARAPAN, saya bacakan AZAN dan IQAMAH di telinganya. Sebagaimana anak-anak yang lain, saya mengharapkan dia menjadi anak yang SOLEH dan berjaya DUNIA AKHIRAT.

Setelah selesai membacakan azan dan iqamah, saya renung sejenak ANAK yang berada di dakapan saya. ADUH! Bertapa BESAR ANUGERAH yang ALLAH berikan pada saya. Satu lagi NYAWA dan JASAD manusia di AMANAHKAN pada saya. Walaupun ia mengundang tanggungjawab yang bertambah besar, namun keseronokan dan kebahagiaan bersama mereka cukup INDAH.

Disebalik semua itu, kekadang timbul rasa kerisauan. JADI APA ANAK-ANAKKU INI BILA DEWASA ? YA ALLAH, BERILAH PETUNJUK DAN HIDAYAHMU DALAM MENHADAPI HIDUP YANG SERBA MENCABAR INI. AMIN YARABBAL ALAMIN.

1 comment:

Rina said...

salam persaudaraan..
Topik ini sangat2 menyentuh hati disebabkan saya sendiri sudah merasai pengalaman menjadi seorang ibu dan bakal melahirkan anak kedua insyaALLAH pada bulan Disember nanti. melihat wajah anak membuatkan saya juga terfikir dengan soalan yang sama iaitu apa yang anakku akan jadi bila dewasa nanti?mampukah saya mendidiknya menjadi insan yang berguna di mata manusia dan yang paling penting di mata Tuhan! walaupun usia bergelar ibu baru menginjak 2 tahun, namun saya merasakan tanggung jawab besar menanti bersama amanah yang telah dititipkan. Doa saya, semoga Allah memberikan saya kekuatan dalam meniti hidup akan datang. terima kasih kepada saudara kerana kata-kata saudara 13 tahun yang lalu semasa menjadi fasi saya menjadikan saya manusia yang lebih baik dari sebelumnya..