Monday 27 April 2009

JADILAH


Kalau kau tak dapat menjadi pohon cemara
Di puncak bukit
Jadilah belukar di bawah lembah
Tetapi jadilah
Belukar terbaik di tepi sungai sempit
Jadilah belukar kalau tak dapat
Menjadi pohon

Kalau tak dapat menjadi
Belukar selengkar
Jadilah rumput sederet
Dan serikan sebatang jalan raya
Kalau tak dapat menjadi ikan temeluh
Jadilah seluang terlincah di tasik
Terbentang

Tidak semua boleh menjadi nakhoda
Sesetengah kita perlu berbaju kelasi
Namun tiap tubuh punya kerja
Tugas besar dan tugas kecil
Dan tugas segera adalah tugas yang terdekat
Kalau tak boleh menjadi jalan raya
Jadilah sekerat lorong

Kalau tak boleh menjadi matahari
Jadilah sebutir bintang
Besar bukan ukuran gagal jaya
Tetapi jadilah yang terbaik dalam segala

( Sajak oleh; Longfellow – Penyair Inggeris )

5 comments:

Pencinta Ilmu dan negara bangsa. said...

Bagaimana kah pandangan saudara Ahmad Yani terhadap masa depan negara di bawah pentadbiran Dato' Seri Najib Razak kerana banyak pihak yang mengatakan bahawa di bawah teraju pimpinannya,negara kita Malaysia akan menghadapi pelbagai masalah dari segi ekonomi,sosial,politik dan sebagainya.Saya ingin bertanya hal ini kerana sebenarnya saya cukup dan amat risau akan masa depan saya sekiranya saya terus berada dan hidup dalam pemerintahan pemerintah yang dikatakan tidak begitu berkaliber dan ada yang mengatakan kepimpinannya banyak dipengaruhi oleh Perdana Menteri Malaysia yang ke-2 yang juga merupakan bapa kepada pemimpin kita pada hari ini.Ini bermakna,ada segolongan atau segelintir masyarakat yang menyatakan bahawa PM kita sebenarnya kurang layak disebabkan beberapa faktor yang antaranya ialah skandal yang melibatkannya...minta En.Ahmad Yani berikan pendapat seterusnya komen dan pandangan......

Anonymous said...

Kita bukanya Nabi ataupun Rasul..
Walaupun kita PM, TPM ataupun bekas TPM sekalipun, bukan perkara mustahil kita buat perkara yang salah disisi agama, bangsa dan negara.
Kita sebagai insan biasa hanya mampu menyokong berdasarkan bukti-bukti yang ada, sekiranya bukti-bukti yang ada itu berbohong maka kita tak tergolong dalam insan yang bersalah, yang bersalah itu bukti-bukti yang ada.

Tetapi, sekiranya kita tidak menyokong bukti yang ada, maka kita masuk golongan yang salah sekiranya bukti yang ada itu betul dan benar.

Tiada guna kita sebagai pencinta ilmu dan negara bangsa sekiranya kita mudah untuk menerima apa orang perkatakan tanpa ada bukti yang kukuh. Dan orang macam ni lah layak dipanggil RUPANG!.

Tiada MESIN di Dunia ini untuk membuktikan yang mana salah dan yang mana betul.

"Ketika kamu lahir, kamu menangis dan orang di sekelilingmu tersenyum.
Jalanilah kehidupanmu sehingga nanti, ketika kamu mati, kamu tersenyum dan orang di sekelilingmu menangis."

Bang Maka Ah!

ASSA said...

Salam Ziarah...

Aman Shah Syed Ali
www.kalampendeta.blogspot.com

USD said...

Salam, tambahan:

Kalau pun x mampu jadi rempah
jgn la jadi langau
mengasi busuk makanan...

amacam bolehkah?

clustergolgi said...

nice blog teacher..
:)
u like to write rite?